HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Piagam Pelanggan lama

Kaunter Pendaftar

PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT PENDAFTAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
[TAHUN 2019] 

BIL. PIAGAM PELANGGAN SKOP
1. Calon bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Akademik yang berjaya mendapat surat tawaran dalam tempoh 10 hari bekerja selepas minit Pihak Berkuasa Melantik (PBM) diterima. Pelantikan
2. Calon bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik dan Pegawai Kumpulan Pelaksana yang berjaya mendapat surat tawaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas minit Pihak Berkuasa Melantik (PBM) diterima. Pelantikan
3. Keputusan kenaikan pangkat staf dimaklumkan kepada pemohon selewatlewatnya 10 hari bekerja selepas Minit Mesyuarat Pihak Berkuasa Melantik diterima atau arahan Pihak Berkuasa Melantik. Kenaikan Pangkat
4. Mengeluarkan keputusan permohonan cuti belajar kepada calon selewat-lewatnya 10 hari bekerja selepas kelulusan diperolehi daripada Jawatankuasa Cuti Belajar/KPT. Cuti Belajar
5. Mengeluarkan keputusan permohonan peruntukan latihan selewat-lewatnya 7 hari bekerja (bagi permohonan dalam negara) dan 20 hari bekerja (bagi permohonan luar negara) selepas permohonan lengkap diterima. Latihan
6. Mengeluarkan keputusan Program Transformasi Minda kepada peserta dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh terakhir menerima kelulusan daripada kesemua Panel Penilai Program Transformasi Minda. Latihan
7. Memastikan surat pengesahan dalam perkhidmatan dikeluarkan kepada staf selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari bekerja selepas mendapat kelulusan Pendaftar. Pengesahan dalam Perkidmatan
8. Memastikan status permohonan tuntutan rawatan perubatan (bawah RM1000.00) dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 8 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. Perubatan

 

  1. LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN 2019
  2. LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN 2018
  3. LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN 2017
  4. LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN 2016