| PEJABAT PENDAFTAR

Ketetapan Terkini Berkenaan Bekerja Dari Rumah (BDR)

Ringkasan Artikel

KETETAPAN TERKINI BERKENAAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR) Saya dengan hormatnya merujuk kepada keputusan Kerajaan yang telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar, Tuaran (Sabah) dan Klang berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam pada 9 Oktober 2020. Jawatankuasa ERT UPM telah menimbang perkara ini dan bersetuju untuk membenarkan pegawai UPM yang tinggal di kawasan tersebut untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 9 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bagi kes yang mana sekolah/tadika/taska yang diarahkan tutup atau masih mengamalkan penggiliran, pegawai boleh mengemukakan permohonan BDR bagi tempoh anak yang berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah /tadika/taska berkenaan. Sehubungan itu, pegawai yang perlu bekerja secara BDR perlu mengambil tindakan seperti berikut :- (a) Mengisi Borang Kebenaran Bekerja Dari Rumah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang boleh diperolehi melalui pentadbir Pusat Tanggung Jawab (PTJ) masing-masing. (b) Memperoleh pengesahan sekolah (jika berkaitan) dan sokongan daripada Ketua PTJ. (c) Permohonan bekerja secara BDR perlu dikemukakan untuk kelulusan Pendaftar setelah mendapat sokongan Ketua PTJ. Ketetapan di atas adalah berkuat kuasa serta merta dan bergantung kepada keadaan dan ketetapan Kerajaan berkenaan PKPB dari semasa ke semasa.

KETETAPAN TERKINI BERKENAAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

Saya dengan hormatnya merujuk kepada keputusan Kerajaan yang telah mengeluarkan

arahan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di

Sandakan, Papar, Tuaran (Sabah) dan Klang berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam

pada 9 Oktober 2020.

  1. Jawatankuasa ERT UPM telah menimbang perkara ini dan bersetuju untuk

membenarkan pegawai UPM yang tinggal di kawasan tersebut untuk Bekerja Dari Rumah

(BDR) bermula 9 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan

kemudian.

  1. Bagi kes yang mana sekolah/tadika/taska yang diarahkan tutup atau masih

mengamalkan penggiliran, pegawai boleh mengemukakan permohonan BDR bagi

tempoh anak yang berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah /tadika/taska berkenaan.

  1. Sehubungan itu, pegawai yang perlu bekerja secara BDR perlu mengambil tindakan

seperti berikut :-

(a) Mengisi Borang Kebenaran Bekerja Dari Rumah Dalam Tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang boleh diperolehi melalui pentadbir

Pusat Tanggung Jawab (PTJ) masing-masing.

(b) Memperoleh pengesahan sekolah (jika berkaitan) dan sokongan daripada Ketua

PTJ.

(c) Permohonan bekerja secara BDR perlu dikemukakan untuk kelulusan Pendaftar

setelah mendapat sokongan Ketua PTJ.

 

  1. Ketetapan di atas adalah berkuat kuasa serta merta dan bergantung kepada keadaan

dan ketetapan Kerajaan berkenaan PKPB dari semasa ke semasa.

SXDdDA2~