| PEJABAT PENDAFTAR

Pengisian Perisytiharan Harta Secara Online

Ringkasan Artikel

KEWAJIPAN MEMBUAT PERISYTIHARAN HARTA Menjadi suatu kewajipan dan tanggungjawab setiap staf UPM untuk melaksanakan urusan pengisytiharan harta

KEWAJIPAN MEMBUAT PERISYTIHARAN HARTA

 

Menjadi suatu kewajipan dan tanggungjawab setiap staf UPM untuk melaksanakan urusan pengisytiharan harta ini mengikut peraturan 9, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Semua pegawai yang dilantik ke perkhidmatan Badan Berkanun atau pada bila-bila masa selepas itu dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan. Semua staf UPM dikehendaki mengisytiharkan harta apabila :

a) Pertama kali dilantik ke dalam perkhidmatan Badan-Badan Berkanun,
b) Dikehendaki oleh Kerajaan,
c) Memperolehi harta tambahan, dan
d) Pelupusan harta.

 

"Harta" juga termasuk harta yang dipunyai oleh pasangan/ anak/ dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya/ pasangan/ anak dan "Harta" bermaksud :-

  1. Harta Alih
    a) Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau simpanan,
    b) Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain, (termasuk ASB, Unit Amanah),
    c) Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial,
    d) Apa-apa harta alih lain termasuk segala jenis kenderaan bermotor, barang kemas dan sebagainya.

     

  2. Harta Tidak Alih Tanah termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara,
    b) Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium,
    c) Bangunan termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung, dan sebagainya.
 


Seorang pegawai itu perlu membuat perisytiharan harta mereka sekurang-­kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. Bagi pegawai yang memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan dikehendaki membuat perisytiharan harta semasa mula­-mula memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan dan selepas itu diikuti tiap-tiap tiga tahun sekali sepanjang tempoh beliau memegang jawatan berkenaan. Tempoh perisytiharan harta adalah dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. 

Urusan pengisytiharan harta adalah penting dan disyaratkan kepada semua penjawat awam. Kegagalan mengisytihar harta kemungkinan akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya seseorang staf. Selain daripada itu juga, dokumen perisytiharan harta juga adalah dijadikan sebagai dokumen utama yang disemak sekiranya terdapat dakwaan dan siasatan ke atas pertuduhan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ke atas penjawat awam.

URL Perisytiharan Harta boleh didapatkan melalui Laman Web Pejabat Pendaftar 

SXDdWAf~