SERONOK BEKERJA | PEJABAT PENDAFTAR
» ARTIKEL » SERONOK BEKERJA

SERONOK BEKERJA

SERONOK BEKERJA sebenarnya adalah anak kunci kecemerlangan.  Apabila kita menyebut mengenai keseronokan bekerja, mungkin sesetengah orang akan merasa pelik dan lucu. Bagaimana kita boleh seronok dengan kerja? Kerja adalah kerja dan berapa orang yang sukakan kerjanya.

 

Samada kita suka ataupun tidak, kenyataan yang hakiki, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja, di meja kerja dan di kalangan rakan-rakan sekerja kita. Walau bagaimanapun, kita mesti bekerja tidak kira dengan siapa, kerja apa atau di mana sahaja untuk menyara hidup dan keluarga. Ini adalah tanggungjawab kita.

 

Jadi bayangkanlah keadaan hidup kita ini, sekiranya kita tidak suka, tidak seronok dengan apa yang kita lakukan, yakni tidak seronok dengan kerja kita, tempat kita mencari rezeki.

 

Ini bermakna kita terpaksa mengheret diri kita ke tempat kerja dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita dengan penuh rasa bosan, malas, bersungut sepanjang hari sehinggalah ke petang barulah kita berkeadaan cergas dan boleh tersenyum dan bersemangat untuk pulang ke rumah.

 

Nyata sekali kurangnya semangat bekerja, bekerja tanpa motivasi serta tiadanya sistem bimbingan pengawasan yang praktikal akan menyebabkan timbulnya hasil kerja yang tidak berkualiti, produktiviti menurun dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan.

 

Sesuatu yang harus kita renungkan bersama, apakah mungkin kita gabungkan antara kecemerlangan, kualiti  dan  perkidmatan kita dengan keseronokan bekerja? Tidak bolehkah agaknya kita yang meningkat maju dan naik dengan cara menyukai tugas yang diamanahkan kepada kita tidak kiralah apa jawatan kita.

 

Anak kunci kejayaan peribadi, produktiviti sebenarnya bergantung kepada minat dan semangat bekerja kita sendiri disertai dengan sikap seronok dan cintakan kerja kita sendiri. Kadangkala kerana seronoknya kita bekerja ada kalanya kita tidak sedar masa yang berlalu dan hasilnya kita dapat menikmati kepuasan bekerja.

 

Untuk menikmati keseronokan dan kepuasan bekerja pastikan kita:

 

  • Sentiasa bersifat jujur, amanah, bersikap terbuka, disenangi, bijak berkomunikasi, mempunyai personaliti yang menarik, bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia;
  • Mahir dan pakar dengan kerja kita. Apabila diberi sesuatu tugasan kita akan sentiasa bangga, ambil peluang dan bersunguh-sungguh dalam melaksanakan tugas, walaupun orang lain tidak sanggup dan tidak mahu;
  • Sentiasa menjadikan matlamat universiti sebagai matlamat diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat tersebut tidak kira berapa besar halangan dan cabaran yang harus kita tempuh;
  • Sentiasa berminat dengan masalah dan cabaran yang dihadapi. Cuba memahami masalah dan cabaran dan mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian serta menawarkan diri untuk melaksanakannya berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang ada; dan
  • Sentiasa sanggup bekerja lebih dari masa yang telah ditetapkan dan melipatgandakan usaha tanpa mengharapkan ganjaran;
  • Sentiasa ingat kita bekerja untuk mendapat Redha Allah bukan mengharapkan pujian manusia.

 

INGATLAH ganjaran yang akan kita perolehi dalam hidup akan mencerminkan tahap perkhidmatan kita sebenarnya kepada orang lain dan sentiasa ingat kita bekerja kerana Allah dan semoga rezeki yang kita bawa pulang untuk keluarga sentiasa diberkati olehNya.

 

Petikan Buku: Memburu Kejayaan – Allahyarmah Datuk Dr. Maznah Hamid

Tarikh Input: 08/08/2020 | Kemaskini: 08/08/2020 | mozaid

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUHAD~