Sesi Perkongsian Program Luar Negara | PEJABAT PENDAFTAR
» ARTIKEL » Sesi Perkongsian Program Luar Negara

Sesi Perkongsian Program Luar Negara

SESI PERKONGSIAN PROGRAM LUAR NEGARA

Serdang, 5 Mac 2019 – Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah mengadakan sesi perkongsian program luar Negara pada 5 Mac 2019 di Dewan Taklimat Serdang, UPM.

Sesi perkongsian ini melibatkan  dua (2) program luar Negara yang telah dihadiri oleh staf UPM dan staf yang dipilih perlu membuat perkongsian pengalaman bersama staf UPM sebagai salah satu KPI yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan butiran maklumat sesi perkongsian tersebut:

MASA

PROGRAM

PEGAWAI

SLAID PEMBENTANGAN

9.00 pagi – 11.00 pagi

Immersive Learning Lab on Competency Based Talent Management 2018, Gold Coast Australia.

 

Tarikh: 2-8 Disember 2018

Tempat : Southern Cross University, Gold Cost Australia

Anjuran: AKEPT (bekerjasama dengan UMS dan UMP)

Intipati perkongsian:

Perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia menggunakan elemen berasaskan kompetensi (CBTM) dalam semua proses yang terlibat.

CBTM didefinasikan sebagai pendekatan pengurusan sumber manusia yang standard dan menggabungkan keseluruhan aktiviti sumber manusia berdasarkan kompetensi bagi mencapai matlamat organisasi.

 En. Azizi Bin Ismail

 Pn. Besek Intan Zafina bt Basok

 

11.00 pagi – 1.00 tengah hari

Executives Overseas Programme (EXOP)

Siri 2: Japanese Waste Management and Recycling Technology

 

Tarikh: 4-10 Disember 2018

Tempat : Tokyo, Jepun

Anjuran: Pejabat Pendaftar, UPM

Intipati perkongsian:

Pendedahan mengenai pengurusan sisa dan teknologi kitar semula yang telah dilaksanakan oleh Negara Jepun termasuk formulasi strategi dan kaedah teknologi terkini kitar semula dan pelaksanaan pengurusan sisa.

 En. Rafiuz Zaman bin Haroun

 Pn. Murni bt Mohd Yahya

 

Diharap sesi perkongsian ini dapat memberi impak positif dan nilai tambah kepada staf UPM dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Sekian.

Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 10/09/2021 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEULAV~