| PEJABAT PENDAFTAR

Bengkel Penggubalan Kertas Peperiksaan Perkhidmatan UPM

Serdang, 20 Julai - Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Bengkel Penggubalan Kertas Peperiksaan Perkhidmatan Universiti Putra Malaysia kepada penggubal yang dilantik dalam kalangan pegawai UPM.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari sehingga 21 Julai 2022 ini diadakan di Bilik Latihan Zetta, iDEC Alpha, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). 

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan latihan untuk membina dan menghasilkan kertas soalan berbentuk esei dan aneka pilihan yang lebih berkualiti kepada penggubal. 

Sebanyak 25 orang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) terlibat dalam bengkel ini. 

Sesi bengkel dikendalikan oleh Encik Muhamad Fikrie Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Disediakan oleh: Siti Nadirah Mat Na’ain

SXESIAS~