| PEJABAT PENDAFTAR

Kursus Kepimpinan Strategik

Khamis, 10 September 2018.

Seksyen Pelan Penggantian, Pejabat Pendaftar telah mengadakan Kursus Kepemimpinan Strategik dengan jumlah peserta seramai 92 orang yang terdiri daripada kalangan Kumpulan Kelompok Bakat Kepemimpinan UPM (Akademik dan Bukan Akademik) bagi Gred 48 dan ke atas. Penceramah yang dijemput merupakan pakar di Kluster Kepemimpinan dan Pembangunan Eksekutif, INTAN Bukit Kiara iaitu En. Muhammad Nazim bin. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Kluster (M54). Antara objektif kursus adalah seperti di bawah:

 

a)Menjelaskan strategik kepemimpinan dalam mencapai matlamat kerjaya personal dan organisasi

 

b)Mengadaptasi, memahami teori dan amalan kepemimpinan strategik dalam organisasi

 

c)Kaedah terbaik membina strategik dalam kepemimpinan individu ke arah keuntungan personal dan organisasi

 

 

SXETTA4~