| PEJABAT PENDAFTAR

Kursus Kerja Berpasukan dan Kepemimpinan Pasukan (Asas)

Serdang, 15 Jun - Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Kerja Berpasukan dan Kepemimpinan Pasukan (Asas) (PN01620) bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kursus ini mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan sebanyak 41 staf daripada Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik).

Sesi perkongsian ilmu ini dikendalikan oleh Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan yang juga merupakan Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM. 

Gaya penyampaian beliau yang jelas dan menarik berjaya menambat hati para peserta dari awal hingga ke akhir kursus.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang konsep bekerjasama dan membina pasukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan integrasi pasukan dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. 

Pada masa yang sama, mengupas cara bagaimana untuk mengaplikasi teknik kemahiran pembinaan pasukan dan kepemimpinan pasukan kerja yang cemerlang dengan menggunakan formula yang bersesuaian untuk memastikan kejayaan organisasi.

Rata-rata peserta pada kali ini memberikan maklum balas yang positif dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan penambahbaikan modul serta cara penyampaian kursus.

Disediakan oleh: Mohd Aliff Jaafar

SXDdXAi~