| PEJABAT PENDAFTAR

Kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif

Pejabat Pendaftar, Serdang – Seksyen Latihan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif pada 21 hingga 22 September 2020. Kursus yang disampaikan oleh Encik Mohd Erfanishah Abdullah bertempat di Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan UPM. Terdapat 4 objektif utama kursus ini iaitu :
• Mendedahkan peserta kepada konsep pemikiran kreatif bagi mencetus potensi kreativiti untuk keberkesanan diri dan organisasi.
• Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kreativiti dan inovasi dalam organisasi.
• Untuk melengkapkan peserta dengan teknik pemikiran kreatif bagi kegunaan peribadi dan kecemerlangan organisasi.
• Menyelesaikan isu dan permasalahan di tempat kerja melalui pendekatan secara kreatif dan inovatif
Kursus ini telah dihadiri seramai 37 orang peserta dimana dari kalangan staf P&P dan Pelaksana.

SXDdVAn~