| PEJABAT PENDAFTAR

Kursus Penyelesaian Masalah Inventif (Lanjutan)

SERDANG, 19 Mei  – Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Penyelesaian Masalah Inventif (Lanjutan) secara bersemuka di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM. 

Kursus sehari ini disertai oleh 22 staf UPM pelbagai bidang jawatan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik & Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana. 

Sesi kursus dikendalikan oleh Mejar Imaduddin Abidin, Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang.

Melalui kursus ini, peserta dapat memahami dan mengaplikasi teknik penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang berkesan di tempat kerja.

Teknik ini membantu peserta mengenal pasti, membuat analisis dan menyelesaikan masalah merentasi projek dan dalam keadaan yang kompleks.

Selain itu, teknik ini mempermudah maklumat yang kompleks daripada pelbagai sumber untuk menyelesaikan isu dan mengambil kira kepelbagaian faktor yang saling berkait apabila terdapat maklumat yang tidak lengkap serta bercanggah. 

Seterusnya peserta akan disyorkan penyelesaian dalam persekitaran berisiko dan kabur serta mampu mengimbangi komitmen untuk mencapai kecemerlangan dengan mengambil kira kepentingan pelanggan dan organisasi apabila membuat keputusan.

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

SXDdCAG~