| PEJABAT PENDAFTAR

LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PULAU PINANG

Pulau Pinang,14 Mac - Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan  Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.  

Lawatan yang diketuai oleh Puan Suhana binti Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta 10 pegawai Pejabat Pendaftar dan seorang pegawai iDEC UPM bertujuan untuk melihat Dashboard Sumber Manusia yang telah dibangunkan di USM di samping berkongsi maklumat berkenaan pengurusan sumber manusia di USM.

Kunjungan lawatan ini telah disambut baik oleh En. Mohd Azizidin bin Mohd Shariff, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar USM bersama 11 orang pegawai yang menguruskan sumber manusia di USM. Semasa lawatan, Pegawai UPM telah diterangkan berkenaan proses kenaikan pangkat dan sesi perkongsian pengurusan sumber manusia di kedua-dua universiti. Deligasi lawatan juga telah ditunjukkan contoh Dashboard Sumber Manusia yang telah dibangunkan secara sumber dalaman di USM dan proses pembangunannya. 

Hasil lawatan tersebut, Deligasi UPM telah mendapat gambaran awal berkenaan keperluan pembangunan Dashboard Sumber Manusia yang akan dibangunkan pada tahun 2023. Pada akhir sesi lawatan, kedua-dua wakil telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas layanan dan perkongsian  yang telah diadakan.

 

SXETDAm~