| PEJABAT PENDAFTAR

MESYUARAT PEMERIKSAAN ABM TAHUN 2023 HOSPITAL PENGAJAR DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

SERDANG, 19 Mei – Mesyuarat Pemeriksaan Anggaran Perbelanjaan Mengurus (ABM) Tahun 2023 Universiti Awam, Hospital Pengajar dan Badan Berkanun telah diadakan dari 17 Mei 2022 hingga 14 Jun 2022. 

Pada sesi ini, Prof. Madya Dr. Hj. Muhammad Mohd Isa, Pengarah Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah membentangkan permohonan tersebut kepada wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 

Tujuan pemeriksaan ini diadakan ialah bagi permohonan Bajet Emolumen tahun 2023. 

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Puan Foo Sook Fuang, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, MOF, Puan Adibah Mohamat Noh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perjawatan dan Organisasi, JPA dan Encik Krishnasamy Raman, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kewangan, KPT. 

Wakil daripada Pejabat Bursar, UPM iaitu Puan Izariahwati Mohd Isa dan Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar turut bersama membantu semasa sesi ini berlangsung. 

Disediakan oleh: Noremy Busu

 

SXDdAAJ~