| PEJABAT PENDAFTAR

Pejabat Pendaftar Anjur Bengkel untuk Pelaksana Latihan UPM

SERDANG, 23 April – Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Objektif dan Penilaian Keberkesanan Latihan yang diadakan secara bersemuka pada 23 April 2021 bertempat di Foyer, Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM.

Bengkel ini melibatkan seramai 30 peserta yang terdiri daripada Penyelaras Latihan Staf dan staf Pelaksana pelbagai skim iaitu sebanyak 13 pelaksana latihan.

Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad daripada Fakulti Pengajian Pendidikan mengendalikan bengkel sehari ini dari pukul 9.00 pagi hingga  4.00 petang.

Objektif bengkel ini adalah untuk membimbing pelaksana latihan menyediakan objektif dan penilaian keberkesanan latihan secara betul dan tepat.

Peserta kursus berpendapat bahawa fokus kepada pembinaan objektif selari dengan kursus yang akan dilaksanakan untuk skim. 

Dengan ini mereka dapat memperbaiki aspek kelemahan pengurusan latihan dalam menentukan objektif latihan yang lebih jelas dan berkesan. 

Peserta juga menyatakan bahawa cara penyampaian penceramah adalah jelas dan mudah difahami.

Disediakan oleh: Abdul Rahman Jaafar

SXDdJAs~