| PEJABAT PENDAFTAR

Pejabat Pendaftar jalani Audit SIRIM QMS dan ISMS Tahun 2022

 

SERDANG, 20 Oktober – Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia telah menjalani Audit SIRIM bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) pada 17 dan 20 Oktober 2022. 

Audit kali ini merupakan Audit Pemantauan Semakan 1 QMS dan ISMS Tahun 2021.

Sesi audit selama 2 hari ini diadakan buat pertama kalinya secara bersemuka setelah dua tahun dijalankan secara ‘remote audit’ berikutan penularan kes COVID-19 di negara ini yang cukup membimbangkan.

Taklimat Pembukaan Audit SIRIM QMS Pejabat Pendaftar telah diadakan di Bilik Eksekutif, Pejabat Naib Canselor pada pukul 9.30 pagi.

Pada taklimat tersebut, Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, merangkap Timbalan Wakil Pengurusan Pejabat Pendaftar memberikan taklimat ringkas berhubung struktur organisasi, fungsi dan peranan Pejabat Pendaftar kepada Juruaudit SIRIM, Puan Hawa Ma’arof. 

Puan Suhana juga menjalankan tugas Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia.

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Encik Azizi Ismail yang juga menjalankan tugas Ketua Bahagian Governan dan Integriti.

Selain itu, Ketua-Ketua Seksyen juga turut hadir, iaitu Puan Siti Maryam Othman (Seksyen Kenaikan Pangkat), Puan Rosna Jasin (Seksyen Cuti dan Persaraan), Encik Mohammad Fakarrudeen Zulkifli (Seksyen Pelantikan), Puan Siti Khadijah Ahmad (Seksyen Latihan), Puan Zaimawati Mustapa (Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja), Cik Noremy Busu (Seksyen Pembangunan Organisasi), Puan Nurhaslinda Karim (Seksyen Integriti) dan Cik Syazaliyana Samsudin (Seksyen Governan)

Sejurus selesai taklimat pembukaan, sesi pengauditan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

Skop audit meliputi proses kerja di Pejabat Pendaftar melibatkan Seksyen Integriti, Seksyen Governan, Seksyen Latihan, Seksyen Pembangunan Organisasi, Seksyen Pelantikan dan Seksyen  Pentadbiran dan Kewangan.

Beberapa hari sebelum Audit QMS dijalankan, Pejabat Pendaftar terlebih dahulu menghadapi Audit ISMS pada 17 Oktober 2022 yang berlangsung di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori Putra.

Juruaudit SIRIM bagi Audit ISMS ialah Puan Fazlin Zakaria yang telah mengaudit Seksyen Latihan.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

SXDdBAJ~