| PEJABAT PENDAFTAR

Pejabat Pendaftar UPM Menang Anugerah Khas Creanova Lean 2017

SELANGOR, 23 Mei – Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memenangi kategori Anugerah Khas Creanova Lean 2017 yang diadakan pada 19 Mei yang lau. Anugerah ini adalah anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan dilangsungkan di Hotel Grand Blue Wave,  Shah Alam baru-baru ini.

 

Pejabat Pendaftar telah diwakili oleh Cik Siti Ima Munirah binti Ahmad selaku ketua kumpulan projek Lean telah membentangkan projek Lean yang bertajuk Proses Penyediaan Data Staf Bagi Tujuan Pergerakan Gaji Tahunan Staf di UPM.

Pemenang telah menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00, trofi dan sijil yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd. Razali bin Hussin, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Creanova Lean merupakan acara tahunan anjuran (MPC) sebagai platform bagi berkongsi pengalaman dan hasil daripada pelaksanaan projek-projek LEAN sekaligus mengiktiraf projek-projek LEAN yang telah berjaya dilaksanakan di agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta di seluruh Malaysia.

Pertandingan yang disertai oleh 30 agensi dari sektor swasta dan kerajaan ini turut mengiktiraf Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Kaizen Terbaik.

SXERHAw~