| PEJABAT PENDAFTAR

PENCALONAN ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR TAHUN 2019 KATEGORI PERKHIDMATAN PROFESIONAL

 
Serdang, 2 Januari - Pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor Tahun 2019 bagi kategori Perkhidmatan Professional telah dibuka. Terdapat tiga kategori pencalonan Perkhidmatan Professional iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional AkademikKumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik dan Kumpulan Pelaksana.

Majlis penganugerahan bagi ketiga-tiga Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Perkhidmatan Profesional akan dilaksanakan melalui Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP 2019) pada 22 April 2020. Anugerah ini merupakan wadah apresiasi terhadap individu di UPM mengikut kumpulan perkhidmatan yang telah mempamerkan mutu perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional serta mengharumkan nama universiti di dalam dan luar negara.

Permohonan sebagai calon Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Perkhidmatan Profesional seperti yang dinyatakan di atas adalah melalui Dekan/Pengarah/Ketua Pusat Tanggungjawab yang berkenaan. Manakala permohonan dari Ketua-Ketua PTJ hendaklah dari Pegawai Penilai Pertama seperti ditetapkan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

Calon hendaklah mengemukakan satu salinan Curriculum Vitae berpandukan kriteria anugerah seperti di lampiran B dan mengisi Ringkasan Maklumat Calon Anugerah Fellowship Naib Canselor seperti dilampiran C, D dan E yang mana berkenaan.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar pada atau sebelum  31 Januari 2020 (Jumaat). Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah berhubung terus dengan Puan Zaleha binti Mohamad Sharif di talian 03-97691503.

Lampiran B - SYARAT DAN KRITERIA 

Lampiran C - KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL AKADEMIK 

Lampiran D - KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK 

Lampiran E - KUMPULAN PELAKSANA

SXDdKAZ~