| PEJABAT PENDAFTAR

Program Asas Pengurusan dan Pentadbiran terap amalan tadbir urus terbaik

SERDANG, 15 Jun – Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Asas Pengurusan dan Pentadbiran secara bersemuka dari 14 Jun hingga 15 Jun di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, UPM. 

Program ini disertai oleh 49 staf daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik). 

Sesi perkongsian program disampaikan oleh enam pegawai UPM yang berwibawa daripada Pejabat Pendaftar, Pejabat Bursar,  Pejabat Penasihat Undang-undang dan Bahagian Audit Dalam.

Pegawai tersebut ialah Encik Abdul Rahim Utar (Ketua Bahagian  Perkhidmatan Sumber Manusia), Encik Azizi Ismail (Ketua Bahagian  Pembangunan Sumber Manusia), Puan Suhana Md Chairi (Ketua Bahagian  Pengurusan Sumber Manusia), Encik Muhammad Adil Ahmad Tajuddin (Penasihat Undang-undang), Puan Izariahwati Mohd Isa (Bursar) dan Encik Sharul Azman Ramli (Bahagian Audit Dalam).

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan dan pentadbiran kepada pegawai yang baharu memegang jawatan pentadbiran. 

Peserta diharap dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh daripada program ini untuk memantapkan amalan tadbir urus yang terbaik dan penyeliaan yang berkesan di pusat tanggungjawab masing-masing.  

 

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

SXDePAE~