Taklimat Dasar Pemisah UPM 2021/2022 Bersama Warga Kampus Bintulu | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Taklimat Dasar Pemisah UPM 2021/2022 bersama warga Kampus Bintulu

Taklimat Dasar Pemisah UPM 2021/2022 bersama warga Kampus Bintulu

BINTULU, 10 Februari - Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah mengadakan dua sesi taklimat berkenaan Dasar Pemisah kepada staf UPM Kampus Bintulu.

Sesi pertama iaitu Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah UPM 2021/2022 berlangsung pada 10 Februari 2022 selama dua jam bermula dari pukul 9.00 pagi melibatkan staf daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan Pelaksana.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) sebagai satu proses wajib sepanjang berkhidmat di UPM agar dapat mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi.

Manakala sesi kedua iaitu Taklimat Fasa Pemantauan Dasar Pemisah UPM 2021/2022 diadakan pada 11 Februari 2022 yang merupakan kesinambungan daripada sesi pertama.

Kedua-dua sesi taklimat ini merupakan sebahagian program yang dirancang sempena lawatan kerja Seksyen Perkhidmatan Intervensi ke UPM Kampus Bintulu dari 9 hingga 11 Februari 2022. 

Selain itu, lawatan kerja ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Seksyen Perkhidmatan Intervensi dari segi peranan dan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan untuk manfaat staf.

Delegasi lawatan kerja ini diketuai oleh Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi dan disertai oleh dua orang urus setia, iaitu Puan Rosyatimah Mohd Darus dan Cik Siti Ummaira Zuberi.

Lawatan kerja ini merupakan proses berwajib untuk melancarkan pelaksanaan Dasar Pemisah UPM 2021/2022 di peringkat UPM Kampus Bintulu. 

Menerusi taklimat yang diadakan sepanjang lawatan kerja ini diharap dapat memberi input dan pencerahan berkaitan pelaksanaan Dasar Pemisah UPM kepada staf di UPM Kampus Bintulu.

Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani

Tarikh Input: 23/02/2022 | Kemaskini: 23/02/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEZVAX~