Bagi menyokong padu dan menyambut arahan dan seruan Kerajaan dalam merealisasikan penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit Integriti UPM telah ditubuhkan di bawah Pejabat Naib Canselor pada Jun 2014. Ia adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6/2013 dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) kali ke-512, di mana sebuah entiti di bawah Pejabat Naib Canselor. Pada 2 Disember 2020, struktur keseluruhan Universiti diteliti semula dan JPU meluluskan Bahagian Governan dan Integriti dan diletakkan di Pejabat Pendaftar.