TAHUN 2019 - PAMERAN UNIT INTEGRITI SEMPENA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI (HKIP) 2019

   

Sempena penganjuran Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) di Universiti Putra Malaysia (UPM) Tahun 2019 yang diadakan bagi memperkuatkan amalan nilai-nilai budaya kerja berkualiti dan inovasi, program ini juga turut memberikan pengiktiran kepada warga kampus dalam usaha-usaha ke arah peningkatan kualiti dan warga kampus dalam usaha-usaha ke arah peningkatan kualiti dan inovasi. Unit Integriti juga telah mengambil peluang untuk membuat promosi dan hebahan integriti kepada warga kampus UPM dengan membuka kaunter pameran sepanjang program tersebut termasuklah menjemput agensi luar yang terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Agensi Anti-Dadah (AADK) untuk turut membuka kaunter pameran pada hari sambutan tersebut.