TAHUN 2019 - PROGRAM KAMPUS BEBAS DADAH

    Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor UPM dan Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dengan kerjasama Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah menganjurkan Program Kampus Bebas Dadah pada 9 Disember 2019 bersempena salah satu pengisian program yang diadakan bagi Sambutan Bulan Integriti, UPM pada bulan November setiap tahun. Antara objektif program adalah:
  1. memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah (mahasiswa UPM).
  2. melibatkan warga IPT terutamanya HEP dalam program pencegahan dadah (mahasiswa dan staf UPM).
  3. menggerakkan pelajar dan staf UPM sebagai ahli Skuad AADK Selangor yang proaktif dan berketrampilan (mahasiswa dan staf UPM).
  4. memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar dalam melaksanakan perencanaan sesuatu program (pelajar FEM3303).