TAHUN 2020 - KEM PEMANTAPAN ORGANISASI DENGAN KERJASAMA FAKULTI PERTANIAN UPM

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Fakulti Pertanian telah mengadakan program mulai 3-6 Oktober 2020- Program : Kem Pemantapan Organisasi 2020 bertujuan melatih ahli PERMATANI dalam mengendalikan perkara-perkara yang melibatkan organisasi sekaligus dapat memberi pendedahan kepada para pelajar yang terlibat untuk bersedia memimpin kelab atau organisasi masing-masing. Para peserta telah didedahkan dengan amalan nilainilai murni, budaya kerja berkualiti dan inovasi di samping memberikan maklumat tentang bahayanya gejala rasuah dan perlu dihindari dalam masyarakat.