TAHUN 2020 - PROGRAM "GANGGUAN SEKSUAL : TERGANGGU, MENGGANGGU, DIGANGGU"

Program kempen kesedaran gangguan seksual telah diadakan secara atas talian pada 22 Disember 2020. Ianya merupakan salah satu inisiatif untuk memberikan kesedaran dan langkah pencegahan gangguan seksual di kalangan warga UPM dan warga Hospital Pengajar UPM(HPUPM). Program anjuran Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan HPUPM dengan kerjasama Bahagian Governan dan Integriti Pejabat Naib Canselor UPM ini diadakan terbuka kepada warga UPM, warga HPUPM, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM serta kepada orang awam. Lebih kurang 150 penyertaan sepanjang program berlangsung. Peserta didedahkan dengan input yang bermanfaat seperti jenis dan bentuk gangguan seksual, kesan-kesan, kaedah pelaporan aduan, dan langkah-langkah pencegahan serta turut diterangkan mengenai peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa berkaitan dengan isu ini.