HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Visi, Misi dan Matlamat

Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa, UPM kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi universiti yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan tersebut, kami warga UPM bersatu hati memenuhi tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab bagi mencapai matlamat yang telah disasarkan.

VISI
» Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

MISI
» Memberi sumbangan bermakna kepada pembentukan kemakmuran dan pembangunan negara serta kesejahteraan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

 


MATLAMAT UPM

» Matlamat 1
Melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang.

» Matlamat 2
Mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjanakan nilai berteraskan ekosistem mampan.

» Matlamat 3
Melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat.

» Matlamat 4
Memperkasakan pertanian dan ketahanan sekuriti makanan.

» Matlamat 5
Memperteguh tadbir urus institusi, kemampanan kewangan dan amalan kelestarian hijau.

 

Buku Pelan Strategik UPM 2021-2025