UPM telah melaksanakan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Peringkat UPM pada 31 Oktober 2013 bagi menyokong agenda transformasi Negara dalam merealisasikan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan. Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi UPM bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja, memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM, merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan cirri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan, dan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Pada tahun 2013, sebanyak empat (4) anugerah telah dipertandingkan iaitu Anugerah Inovasi, Anugerah Pelaksanaan Amalan 5S, Anugerah Pengurusan Aset, dan Anugerah Khidmat Pelanggan.
Keputusan bagi pemenang setiap kategori anugerah adalah seperti berikut:
|
|||
Pemenang |
Nama Pasukan/ Individu |
Tajuk Inovasi/Projek |
Pusat Tanggungjawab |
Pertama |
Kumpulan Smart ACQLIB |
Pangkalan Data ACQClicks (Sistem Pemantauan Pemprosesan Buku Baharu dan Penjanaan Statistik) |
Perpustakaan Sultan Abdul Samad |
Kedua |
Dr. Azhar Mohd Nasir |
Integrated Audit System |
Fakulti Ekonomi Pengurusan |
Ketiga |
Kumpulan PK-(FIKIR) |
Push and Pull Troly |
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Keempat |
Encik Mohd Isnain Ali |
Kit Rostrum |
Pusat Pembangunan Usahawan dan Kebolehpasaran Graduan |
Kelima |
Kumpulan GTRE Power Saving Group |
Green Technology and Renewable Energy Power Saving at Faculty of Engineering |
Fakulti Kejuruteraan |
|
|
Pemenang |
Pusat Tanggungjawab |
Pertama |
Pejabat Pendaftar |
Kedua |
Fakulti Ekologi Manusia |
Ketiga |
Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) |
|
|
Pemenang |
Pusat Tanggungjawab |
Pertama |
Pusat Kesihatan Universiti |
Kedua |
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Ketiga |
Perpustakaan Sultan Abdul Samad |
|
||
Pemenang Ikut Kumpulan Bilangan Aset |
Bilangan Aset |
Pusat Tanggungjawab |
Kumpulan 1 |
Bilangan aset termasuk inventori melebihi 10,000 unit |
Bahagian Akademik |
Kumpulan 2 |
Bilangan aset antara 3,000 hingga 10,000 unit |
Fakulti Rekabentuk dan Senibina |
Kumpulan 3 |
Bilangan aset antara 1,000 hingga 3000 unit |
Pusat Kesihatan Universiti |
Kumpulan 4 |
Bilangan aset kurang dari 1,000 unit |
Akademi Sukan |