Cuti Belajar

Pengenalan

Seksyen Cuti Belajar merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar yang berperanan untuk merancang, melaksana dan menyelaras program pembelajaran sepanjang hayat agar selaras dengan keperluan untuk mewujudkan staf yang berpengetahuan dan berinovasi, inisiatif untuk meningkatkan jumlah staf yang mempunyai kelayakan Ph.D di Universiti Putra Malaysia yang meliputi kampus Serdang dan Kampus Bintulu. Ini juga adalah selaras dengan perancangan Universiti dalam pelaksanaan Dasar Pelan Penggantian Universiti.

Fungsi Seksyen Cuti Belajar

Fungsi seksyen ini adalah meliputi skop seperti berikut:

  1. Cuti Belajar Staf (Akademik / Bukan Akademik);
  2. Cuti Sabatikal;
  3. Latihan Pasca Kedoktoran;
  4. Latihan Penyelidikan;
  5. Latihan Sub Kepakaran;
  6. Urusan Permohonan dan Penawaran Skim Tenaga Akademik Muda (TAM);
  7. Biasiswa dan Elaun Cuti Belajar;
  8. Bantuan Sara Hidup (COLA) dan Elaun Lain