Kenaikan Pangkat

Pengenalan

Seksyen Kenaikan Pangkat merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar yang berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan kenaikan pangkat staf di Universiti Putra Malaysia yang meliputi kampus Serdang dan Kampus Bintulu.

Fungsi Seksyen Kenaikan Pangkat

Seksyen ini juga berperanan dan bertanggungjawab untuk:

  1. Mengendalikan semua urusan kenaikan pangkat yang meliputi pelbagai jawatan sama ada Turus, JUSA, Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik dan Kenaikan Pangkat Pegawai Bukan Akademik dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP);
  2. Memastikan segala dokumen kenaikan pangkat yang dihantar oleh pemohon adalah lengkap dan mencukupi untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih;
  3. Memastikan dan mengesahkan setiap pemohon telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan;
  4. Mengeluarkan surat makluman berjaya atau gagal kepada pemohon dalam tempoh yang ditetapkan; dan
  5. Mengendalikan urusan persediaan mesyuarat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih.

 

Garis Panduan dan Dokumen Kenaikan Pangkat