Pelantikan

Pengenalan

Seksyen Pelantikan merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar yang berperanan dalam proses pemilihan, pengambilan dan pelantikan modal insan di Universiti Putra Malaysia yang meliputi kampus Serdang dan Kampus Bintulu.

Fungsi Seksyen Pelantikan

Seksyen ini juga berperanan dan bertanggungjawab untuk:

  1. Pembangunan pelan perjawatan staf Universiti termasuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik dan Bukan Akademik) dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP);
  2. Mengurus dan mengendalikan proses pengambilan staf tetap / kontrak baharu bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik dan Bukan Akademik), Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) dan pegawai dagang;
  3. Mengurus dan mengendalikan pelantikan semula staf kontrak bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik dan Bukan Akademik) dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP);
  4. Menguruskan pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH);
  5. Menyelaras penetapan gaji permulaan pelantikan baharu;
  6. Menguruskan proses lapor diri staf baharu;
  7. Menyelaras urusan semakan gaji staf baharu; dan
  8. Menyelaras urusan penamatan perkhidmatan / perletakan jawatan (tetap / kontrak).