HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Seksyen Saraan dan Prestasi

Pengenalan

Seksyen Saraan dan Prestasi merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar yang berperanan dalam menguruskan Saraan, Prestasi dan Elaun bagi staf Universiti Putra Malaysia yang meliputi kampus Serdang dan Kampus Bintulu.

Fungsi Seksyen Saraan dan Prestasi

Fungsi seksyen ini adalah meliputi skop seperti berikut:

1. Pengurusan Saraan:

  • Mengurus dan memastikan proses pergerakan gaji tahunan (PGT) secara automatik mengikut bulan pergerakan gaji staf (tertakluk kepada keputusan dan pengesahan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) induk dan pekeliling yang berkuatkuasa);
  • Mengurus dan memproses pembayaran bantuan khas kewangan dan pelarasan gaji mengikut pekeliling yang berkuatkuasa.

(Sumber Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 dan pekeliling perkhidmatan atau peraturan-peraturan berkaitan lain yang berkuat kuasa)

 

2. Pengurusan Prestasi:

  • Mengurus dan memastikan penilaian prestasi tahunan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik dan Bukan Akademik) serta Pelaksana dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan dan memastikan supaya PPSM Induk dapat membuat perakuan bagi penetapan Pergerakan Gaji Tahunan dan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
  • SISTEM e-LPPT (AKADEMIK) 

    http://www.reg.upm.edu.my/elppt/

  • SISTEM e-LPPTNA (BUKAN AKADEMIK) 

    http://www.reg.upm.edu.my/elpptNA/

  • SISTEM PUTRA PRESTASI (BUKAN AKADEMIK) - GURU BAHASA DAN PEGAWAI PENYELIDIK 

    http://putraprestasi.upm.edu.my/prestasi/

  • SISTEM PUTRA PRESTASI (PELAKSANA)

    http://prestasi.upm.edu.my/

 

Sumber Rujukan Pekeliling Berkuatkuasa: 

i. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam.

ii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Lampiran A2 - Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

 

3. Pengurusan Elaun

a) Menguruskan permohonan elaun tidak tetap dan bayaran insentif kepada staf UPM yang berkelayakan.

b) Senarai elaun tidak tetap seperti:

  • Elaun Pembantu Khas
  • Elaun Trengkas Dwi Bahasa
  • Bayaran Insentif Tugas Kewangan
  • Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
  • Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
  • Bayaran Insentif Bertugas Di Bilik Mayat
  • Bayaran Insentif Pengurusan Jenazah
  • Bayaran Insentif Pos Basik
  • Elaun Polis Bantuan
  • Elaun Kritikal 

 

(Sumber Rujukan: Rujuk Pekeliling Perkhidmatan dan Minit Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) yang berkuatkuasa)