Pembangunan Organisasi

Pengenalan

Seksyen Pembangunan Organisasi merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar yang berperanan bagi urusan perancangan, perjawatan sumber manusia, pengurusan organisasi kejat serta pengurusan maklumat sumber manusia di Universiti Putra Malaysia yang meliputi kampus Serdang dan Kampus Bintulu.

Fungsi Seksyen Pembangunan Organisasi

Seksyen ini juga berperanan dan bertanggungjawab untuk:

  1. Perancangan sumber manusia;
  2. Merancang, merangka, mengkaji dan menguruskan penyusunan semula / pengukuhan / penambahbaikan struktur Fakulti, Bahagian, Institut, dan Pusat;
  3. Menyediakan kertas ulasan dan memperakukan permohonan perjawatan Fakulti, Bahagian, Institut, dan Pusat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Perkhidmatan Awam;
  4. Pengurusan waran dan semakan perjawatan;
  5. Urusan naziran perjawatan di Fakulti, Bahagian, Institut, dan Pusat;
  6. Memantau pengoperasian dan memastikan pelaksanaan sistem HRMIS, eIHRAMS dan SISMAN;
  7. Mengoptimumkan pengaplikasian sistem eIHRAMS dan SISMAN;
  8. Mengawal selia dan pengurusan data dan memastikan maklumat sumber manusia adalah tepat dan terkini;
  9. Pelaksanaan Pengurusan Organisasi Kejat UPM;
  10. Menguruskan pelucutan hak emolument;
  11. Menguruskan hal-hal disiplin dan tatertib staf UPM selaras dengan kehendak AKta 605 Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj 2000);
  12. Menguruskan hal ehwal pengisytiharan harta staf UPM; dan
  13. Membantu menguruskan kes siasatan Universiti.