HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja

Pengenalan

Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia.

 

Fungsi Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja

Fungsi seksyen ini merangkumi:

1. Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan  urusan kemudahan perubatan staf dan pesara UPM seperti:

a) Pembayaran Bil Klinik Panel, Hospital Kerajaan / Universiti, IJN, Pusat Hemodialisis, LPPKN, Pusat Tibi Negara dan Pusat Kesihatan Universiti;

b) Urusan Pelantikan Klinik Panel dan Pusat Rawatan Hemodialisis;

c) Tuntutan perubatan / pergigian / pemeriksaan kesihatan staf;

d) Mengemaskini maklumat staf / tanggungan di dalam sistem e-IHRAM;

e) Menguruskan Lembaga Perubatan.

2. Merancang dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Perubatan UPM.

3. Merancang dan menguruskan pakaian seragam dan pakaian keselamatan pegawai UPM.

4. Merancang dan menguruskan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan.

5. Menguruskan dan memantau pengurusan kuarters UPM.

6. Menguruskan permohonan pinjaman perumahan LPPSA.

7. Menguruskan tuntutan elaun perpindahan rumah (pinjaman LPPSA dan keluar / masuk kuarters).

8. Menguruskan permohonan pengeluaran KWSP untuk pekerja berpencen.

9. Menguruskan permohonan surat pengesahan majikan dan perakuan bujang.

10. Merancang dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Tabung Kebajikan Staf UPM.

11. Menguruskan permohonan sumbangan Tabung Kebajikan Staf UPM.