Pejabat Pendaftar Anjur Kursus Kesukarelawanan Staf UPMKB | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Pejabat Pendaftar anjur Kursus Kesukarelawanan Staf UPMKB

Pejabat Pendaftar anjur Kursus Kesukarelawanan Staf UPMKB

Bintulu, 22 November – Jawatankuasa Induk Sukarelawan Staf UPM yang diterajui oleh Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Kesukarelawanan Staf UPM Kampus Bintulu dari 21 hingga 22 November 2023.  

Kursus yang diadakan di TEGAS Digital Innovation Hub, Paragon Mall, Bintulu, Sarawak ini menerima penyertaan yang agak menggalakkan daripada 31 staf UPM Kampus Bintulu. 

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus UPM Bintulu, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini.

Objektif kursus ini dilaksanakan adalah agar peserta menerima latihan dan pendedahan awal yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti atau misi bantuan dan kesukarelawanan dengan lebih efektif yang melibatkan latihan praktikal serta pendedahan awal kepada isu tertentu.

Penyediaan program adalah mengkhususkan para sukarelawan untuk merancang program misi bantuan dan kesukarelawanan dengan teliti, kandungan kurikulum dan aktiviti yang akan dijalankan. 

Secara tidak langsung program ini akan mewujudkan hubungan baik dalam kalangan para sukarelawan dengan pihak yang berkaitan dalam memelihara kesinambungan dan sokongan masyarakat terhadap program kesukarelawanan pada masa akan datang.

Hari pertama kursus dimulakan dengan sesi Ice Breaking dan perkongsian oleh Encik Bukryman Sabri, selaku Ketua Penyelaras Jawatankuasa Induk Sukarelawan Staf UPM berkaitan peranan sukarelawan dan perancangan misi bantuan dan kesukarelawanan.  

Seterusnya, Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharudin meneruskan sesi kedua dengan slot berkaitan Penilaian Risiko Bencana.

Perkongsian beliau sangat menarik menggunakan aplikasi yang boleh digunakan oleh sukarelawan semasa menjalankan misi seperti aplikasi myCuaca, RakanMET dan lain-lain.

Pada hari kedua, Dr. Muhammad Amru Badrul Hisam, Pegawai Perubatan, Bahagian Kesihatan Pelajar, UPMKB berkongsi topik Penjagaan Kesihatan Sukarelawan sebelum, semasa dan selepas sesuatu misi dilaksanakan serta pengajaran dan persediaan dalam asas Pertolongan Cemas. 

Persediaan emosi, fizikal dan mental seseorang sukarelawan sepanjang menjalankan misi telah dititikberatkan dan dikupas dalam sesi perkongsian oleh Encik Muhammad Abdul Rahim bin Habib, Pegawai Psikologi di UPMKB.

 

Pada akhir kursus, tiga wakil sukarelawan UPM Serdang memberikan sedikit perkongsian pengalaman sepanjang keterlibatan mereka sebagai sukarelawan misi banjir dan pelbagai kerja kesukarelawanan yang lain. 

Mereka yang terlibat adalah Encik Bukryman Sabri, Encik Muhamad Imran Omar dan Encik Abdul Rahman Jaafar.

Peserta memberi maklum balas yang positif dan berpendapat bahawa ilmu yang diperoleh dan perkongsian ilmu daripada mengikuti Kursus Kesukarelawanan Staf UPMKB ini dapat membina jati diri dalam meningkatkan kesedaran untuk bekerjasama, keprihatinan dan integriti.

Selain itu, input daripada kursus ini mewujudkan sikap profesionalisme dan komited sukarelawan dalam menjalankan tugas dan misi bantuan untuk komuniti.

Disediakan oleh: Encik Abdul Rahman Jaafar

Date of Input: 04/12/2023 | Updated: 04/12/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEbQAJ~