Pindaan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pegawai Universiti membuat persediaan untuk berbuka puasa di sepanjang bulan ramadhan. Pindaan ini boleh dilihat melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan UPM 1 2017.pdf
Gambar-Gambar Pemenang MGP 2017 telah dimuat naik di bahagian Galeri Laman Web Pejabat Pendaftar. Sebarang Pertanyaan Boleh Menghubungi Syazaliyana Samsudin (ext: 1434/syazaliyana@upm.edu.my)
Dimaklumkan bahawa proses pengisian wajaran dan SKT akan mulai dilaksanakan pada 21 Ogos 2017. Sehubungan itu, pihak kami akan mengadakan sesi taklimat sistem tersebut seperti butiran di bawah :-
Tarikh : 23 Ogos 2017(Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Taklimat, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra
Kerjasama dan kehadiran daripada tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang
tinggi untuk mengisi kekosong di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia seperti di lampiran.
Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat di Universiti Putra Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan seperti di Lampiran.
Perkhidmatan Amal Putra Gred UDS telah dibuka untuk permohonan. Calon adalah terbuka kepada staf akademik dan bukan akademik yang telah bersara dari perkhidmatan.
Permohanan dibuka sepanjang tahun dan hendaklah dihantar melalui Dekan/Pengarah/Ketua Pusat Tanggungjawab. Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En Mohammad Fakarrudeen Zulkifli (fakarrudeen@upm.edu.my / 9769 1535).
Terdapat gangguan pada sistem talian HOTLINE UPM yang lama 03-89466000 sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian. Sehubungan itu, pelanggan UPM boleh menghubungi talian hotline baharu seperti berikut :-
Toll Free UPM: 1-800-22-5587 (pelanggan luar) / 03-89471003 (dalaman UPM)
Slide pembentangan Dasar Pemisah dan Garis panduan pelaksanaan Dasar pemisah boleh dididapatkan di bahagian Penerbitan Pejabat Pendaftar
PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK) DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA BIL. 2/2018
Surat Pemakluman telah diedarkan pada 4 April 2018 dan Kriteria Kenaikan Pangkat Laluan Kerjaya Baharu Pegawai Akademik UPM boleh didapatkan di ruang muat turun Laman Web Pejabat pendaftar dibawah kategori Seksyen Kenaikan Pangkat.
Jadual tahunan takwim latihan 2019
Syarat kelayakan:
- Pembantu Tabdir (P/O)
- Skim Perkhidmatan lain yang setaraf dan yang lebih rendah dari PA, PT (Kew) dan PT (P/O)
Untuk makluman tuan/puan, bayaran sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) akan dikenakan kepada semua calon yang memohon untuk menduduki peperiksaan ini, KECUALI bagi pemohon kali pertama (akan ditanggung oleh Pejabat Pendaftar).
Peperiksaan ini akan dijalankan pada 24 Julai 2019 (Rabu), dan lokasi akan dimaklumkan kemudian. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebelum 19 April 2019 (Jumaat) ke alamat emel azzreen@upm.edu.my ATAU dihantarkan ke:
Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Putra Malaysia
(u.p: Puan Azzreen binti Abd Latif)
Pelbagai jawatan kosong dibuka bagi tahun 2019. Klik Disini untuk maklumat lanjut
Bersama-sama ini dimajukan iklan untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ Tuan/Puan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019 (Khamis).
Sebarang Pertanyaan sila hubungi:
Puan Besek Intan Zafina binti Basok
Telefon: 03-9769 1569/1538
Emel: intanz@upm.edu.my
Bersama-sama ini dimajukan iklan untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ Tuan/Puan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019 (Khamis).
Sebarang Pertanyaan sila hubungi:
Puan Nazriah binti Abd Rahman
Telefon: 03-9769 1516
Emel: nazriah@upm.edu.my
Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang) Dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Bilangan 1 Tahun 2020.
*Senarai Jawatan boleh didapatkan di Bahagian Pengumuman Jawatan kosong, Laman Web Pejabat Pendaftar
Dimaklumkan Tarikh Tutup Iklan Jawatan Kosong Bil 1 Tahun 2020 Dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 (Selasa).
Pegawai akademik yang sedang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia dan Calon luar yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) .
Maklumat Jawatan adalah seperti berikut:
Iklan Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Bilangan 1 Tahun 2021 telah dibuka.
Permohonan boleh dibuat melalui link berikut
Iklan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) Bilangan 1 Tahun 2021 telah dibuka.
Permohonan boleh dibuat melalui link berikut
Senarai Kenaikan bagi Pegawai Akademik, Pegawai Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) & Pegawai Sokongan boleh dicapai melalui pautan berikut;
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Perkhidmatan Profesional yang bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 akan dilanjutkan sehingga 15 Februari 2022.
Calon perlu mengemukakan Curriculum Vitae (CV) berpandukan kriteria anugerah seperti di lampiran B dan mengisi Ringkasan Maklumat Calon Anugerah Fellowship Naib Canselor mengikut kumpulan khidmat masing-masing seperti di lampiran C, D dan E yang mana berkenaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh berhubung terus dengan Puan Zaleha binti Mohamad Sharif di talian 03-97691503.
Maklumat penuh boleh rujuk lampiran berikut;
Lampiran B - Syarat, Kriteria, Pemberat dan Skala Markah AFNCKPP
Lampiran C - Ringkasan Maklumat Kumpulan P&P Akademik
KLIK DI SINI untuk paparan tarikh tutup Penghantaran Kertas Kerja LPU dan Jadual Mesyuarat LPU
KLIK DI SINI untuk paparan format Kertas Kerja LPU
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
KLIK DI SINI untuk paparan tarikh tutup Penghantaran Kertas Kerja LPU dan Jadual Mesyuarat LPU
KLIK DI SINI untuk paparan format Kertas Kerja LPU
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Tahniah kepada semua penerima. Berikut adalah pautan bagi gambar penerima pada majlis tersebut.
Mohon untuk log in menggunakan emel UPM. Terima Kasih
Pautan bagi E-Book Majlis Gemilang Putra 2022 boleh didapati seperti pautan berikut;
Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, permohonan beberapa jenis elaun/ kemudahan perlu dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang www.hrportal.upm.edu.
1. Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah
2. Bayaran Insentif Wilayah
3. Bayaran Pakaian Istiadat/ Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi
4. Elaun Pakaian Panas
5. Elaun Tanggung Kerja
6. Bayaran Insentif Pos Basik
7. Bayaran Insentif Pakar
8. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
9. Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
Sebarang pertanyaan berhubung perkara diatas, tuan/puan boleh menghubungi Puan Norhapizah binti Solihan melalui emel pizah_solihan@upm.edu.my
Pegawai Akademik dan Bukan Akademik sedang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia dan calon luar yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pustakawan UPM. Maklumat lanjut dan Iklan Pengisian Jawatan serta Borang Permohonan boleh di muat turun dengan melayari ke laman sesawang seperti pautan berikut:-
Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Julai 2022.
IKLAN PENGISIAN JAWATAN KETUA PUSTAKAWAN UPM 2022
BORANG PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN KETUA PUSTAKAWAN UPM 2022
Iklan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang) Bilangan 1 Tahun 2022 telah dibuka.
MAKLUMAT LANJUT: eJOBS
E-book Majlis Akademia Putra 2021 boleh muat turun pada pautan berikut;
Slide taklimat berkenaan Kenaikan Pangkat boleh dirujuk di bahagian Dokumen Rujukan
https://drive.google.com/drive/folders/17O8vlmL0rcCMI3oY6RdTvRq4CAjRS8RQ?usp=sharing
Skim Kemudahan Perubatan Pegawai dan Pesara UPM yang terkini boleh dicapai melalui pautan berikut;
Iklan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang) telah dibuka.
MAKLUMAT LANJUT: eJOBS
Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan