Pejabat Pendaftar Laksana PTM Pegawai Akademik Dan P&P Siri 1 2024 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pejabat Pendaftar laksana PTM Pegawai Akademik dan P&P Siri 1 2024

Pejabat Pendaftar laksana PTM Pegawai Akademik dan P&P Siri 1 2024

Serdang, 19 Feb - Pejabat Pendaftar buat julung-julung kalinya melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) kepada pegawai akademik dan Pengurusan & Profesional (P&P) secara hibrid pada tahun ini.

Program ini diadakan di Dewan Philip Kotler, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan turut menggunakan platform Zoom untuk berinteraksi dengan peserta daripada UPM Kampus Bintulu. 

Peserta program terdiri daripada 27 orang pensyarah dan 33 pegawai P&P pelbagai skim termasuk empat pegawai daripada UPM Kampus Bintulu.

PTM kali ini berlangsung selama 7 hari dari 19 hingga 27 Februari 2024. 

Seterusnya, Pegawai Akademik akan meneruskan latihan ke Kursus Penyelidikan dan Khidmat Profesional pada 28 dan 29 Februari 2024 di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan dan Keselamatan Pekerjaan, UPM. 

Perasmian program telah disempurnakan oleh wakil Pihak Pengurusan iaitu YBrs. Encik Muhazam bin Mansor, Pendaftar UPM. 

Salah satu objektif PTM adalah untuk menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju dengan menerapkan nilai budaya kerja cemerlang.

Dengan demikian, pegawai akan dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan. 

PTM yang telah diperkenalkan sejak 1 Januari 2013 merupakan salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan menggantikan induksi.

Disediakan oleh: Abdul Rahman Jaafar

Tarikh Input: 27/02/2024 | Kemaskini: 27/02/2024 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEbUAK~