Pencalonan Hadiah Fellowship Naib Canselor | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pencalonan Hadiah Fellowship Naib Canselor

Pencalonan Hadiah Fellowship Naib Canselor

Majlis Gemilang Akademi Putra 2017


Serdang, 25 Januari -  Pencalonan Hadiah Fellowship Naib Canselor Tahun 2016 bagi kategori Perkhidmatan Professional telah dibuka untuk tahun ini. Terdapat tiga kategori pencalonan Perkhidmatan Professional iaitu  Kumpulan Pengurusan dan Profesional Akademik, Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik dan  Kumpulan Pelaksana.

 

Penganugerahan akan dijalankan semasa Majlis Gemilang Akademi Putra 2017. Anugerah ini merupakan wadah apresiasi terhadap individu di UPM mengikut kumpulan perkhidmatan yang telah mempamerkan mutu perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional serta mengharumkan nama universiti dalam dan luar negara.

 

Permohonan sebagai calon Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Perkhidmatan Profesional adalah melalui Dekan/Pengarah/Ketua Pusat Tanggungjawab yang berkenaan. Manakala permohonan dari Ketua-Ketua PTJ hendaklah dari Pegawai Penilai Pertama seperti ditetapkan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

 

Pemohon hendaklah mengemukakan 2 salinan Curriculum Vitae berpandukan kriteria anugerah seperti di lampiran B dan mengisi Ringkasan Maklumat Calon Anugerah Fellowship Naib Canselor seperti di lampiran C, D dan E yang mana berkenaan.

 

Segala maklumat yang hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar pada atau sebelum 24 Februari 2017 (Jumaat). Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah berhubung terus dengan Puan Zaleha di talian 03-89471503 atau Puan Nur Illiyin di talian 03-89471545.

Lampiran B
Lampiran C - KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL AKADEMIK

Lampiran D - KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK 
Lampiran E - KUMPULAN PELAKSANA


Kemaskini:: [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471006
0389472007
C1501158510